
Ok kejap! Diam tak diam dah masuk 3 bulan Kedai EV Media dah beroperasi. Allahuakbar. Cepat betul masa berlalu. Mula bulan Jun hari tu, sekarang dan September. Masa sentiasa bergerak pantas!
Banyak yang dah selesai, cuma lesen perniagaan masih dalam proses. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Serius, ini memang sesuatu yang lain. Setiap hari ada sahaja perkara dan pengalaman baru yang Aku tempuhi. Alhamdulillah, Aku gembira walaupun ada masa rasa nak baran juga, heheh.
Tak kurang juga banyak pelajaran baru yang Aku pelajari yang sememangnya tak diajar di sekolah mahupun universiti.
Semoga Aku terus kuat dan sentiasa tabah. Amin, InsyaAllah.
P/s: Satu benda lagi nak tambah. Baru tau bila buka kedai yang ada servis walk-in ini memang penat bhai!! hahah

